Sunday, June 19, 2011

(sambungan)
(Siri ke 2)

ISU-ISU UTAMA DALAM PERJUANGAN ISLAM

dilandaskan di atas prinsip ash hadu an ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kedua, matlamat mewujudkan realiti Islamiyah di bumi di mana hanya Allah yang Maha Esa sahaja yang di sembah dan tiada Tuhan yang lain yang disembah bersama-Nya, juga matlamat merealisasikan kelahiran manusia yang baru di mana manusia bebas daripada menyembah sesama manusia dan menyembah hawa nafsunya.

(Al-Quran) adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu (Muhammad) oleh itu janganlah ada sesuatu perasaan kesulitan terhadapnya di dalam dadamu supaya dengan perantaraannya engkau menyampaikan amaran (kepada manusia) dan supaya menjadikan peringatan kepada orang-orang yang beriman.

Masyarakat-masyarakat yang seumpama ini adalah masyarakat-masyarakat kolot yang tidak bertamadun daripada pandangan insaniyah dan mengikut ukuran garis kemajuan manusia. Masyarakat-masyarakat yang seumpama ini juga merupakan masyarakat-masyarakat yang “non-Islamic”, kerana garis perjuangan Islam ialah membebaskan manusia daripada belenggu hawa nafsunya dan menyuburkan ciri insaniyahnya hingga dapat mengawal dan menguasai keinginan-keinginan haiwaniyahnya.

Firman Allah al-Anaam 19
Katakanlah kesaksian siapakah yang lebih besar ? Katakanlah (kesaksian) Allah. Dialah yang menjadi saksi di antara aku dan kamu, dan al-Quran ini telah diwahyukan kepada aku supaya aku memberi peringatan kepada kamu dan kepada orang yang sampai al-Quran ini kepadanya. Apakah kamu benar mengaku bahawa ada Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah ? Katakanlah : AKU sekali-kali tidak mengaku. Katakanlah : Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Anaam) :
Nah! Lihatlah di sini bagai mana Rasulullah saw disampaikan perintah daripada Allah kemudian lihatlah bagai mana beliau menghadapi kaum musyrikin yang mengambil Pelindung-pelindung yang lain daripada Allah dan memberi kepada mereka setengah-setengah sifat Uluhiyah di samping Allah serta mengajak Rasulullah saw supaya mengiktirafkan kepercayaan mereka ini sebagai syarat untuk mereka menganut agama yang dibawa oleh beliau! Seolah-olah permintaan mereka boleh diterima dan seolah-olah Islam dan syirik boleh berkumpul di dalam sebuah hati dalam bentuk yang difahami oleh mereka, dan bentuk kefahaman ini juga masih difahami oleh setengah-setengah orang di zaman ini, iaitu seseorang itu masih dianggap seorang Muslim walaupun ia menerima peraturan-peraturan dalam urusan-urusan kehidupannya daripada sumber yang lain daripada Allah, walaupun ia tunduk dan patuh kepada yang lain daripada Allah, walaupun ia meminta pertolongan kepada yang lain daripada Allah dan walaupun ia mengambil daripada yang lain daripada Allah sebagai Pelindungnya .

Inilah caranya Rasulullah saw menghadapi kaum musyrikin untuk menjelaskan kepada mereka persimpangan jalan yang memisahkan di antara agamanya dengan agama mereka, di antara kepercayaan Tauhidnya dengan kepercayaan syirik mereka, di antara keIslamannya dengan Jahiliyah mereka dan seterusnya untuk menjelaskan kepada mereka bahawa di sana tidak ada titik pertemuan di antara beliau dengan mereka kecuali mereka sanggup meninggalkan agama mereka dan menganut agamanya. Tidak ada jalan yang lain untuk berdamai di dalam persoalan ini kerana beliau telah terpisah daripada mereka dari permulaan jalan lagi.

Firman Allah : al-Anaam 19
Apakah kamu benar-benar mengaku bahawa ada Tuhan-Tuhan yang lain di samping Allah?. Katakanlah : “Aku sekali-kali tidak mengaku”. Katakanlah : “Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dengan segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya.“

Tetapi saya ingin membincangkan persoalan yang terkandung di dalam ayat ini, yang dibawa oleh gelombang ini. Persoalan yang dibentangkan oleh al-Quran di dalam ayat-ayat ini ialah persoalan wala’ atau pengambilan Allah sebagai satu-satunya Pelindung dan Penaung atau persoalan Tauhid dan perpisahan daripada kaum musyrikin, iaitu persoalan agama ini sendiri atau persoalan yang menjadi hakikat agung di dalam agama ini, yang sewajarnya bagi kaum Muslimin hari ini berhenti lama –lama di hadapan pelajaran Rabbani ini .

Kaum mukmin pada hari ini sedang menghadapi Jahiliyah di merata pelusuk dunia sama seperti Jahiliyah dihadapi oleh kelompok mukmin ketika diturunkan ayat-ayat ini agar dengan panduan ayat-ayat ini mereka dapat menentukan kedudukan mereka dan meneruskan perjalanan mereka . Oleh sebab itulah mereka perlu berhenti lama-lama dihadapan ayat ini supaya dengan bimbingannya mereka dapat menggariskan jalan hidup mereka .

Zaman kembali beredar seperti keadaannya pada ketibaan agama ini dengan umat manusia dan umat manusia kembali semula kepada situasi yang serupa dengan situasi pada hari al-Quran diturunkan kepada Rasulullah saw dan pada hari umat manusia didatangi agama Islam yang ditegakkan di atas tapak asasnya yang agung, iaitu syahadat atau pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ (Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah) yakni pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan erti kata yang diungkapkan oleh Rab’i ibn Amir yang bertindak selaku utusan panglima kaum Muslimin Farsi apabila panglima ini mengajukan pertanyaan kepadanya : “Apakah yang membawa kamu datang kemari?” Lalu dijawab oleh Rab’i : “Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki–Nya daripada menyembah kepada sesama manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa , daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasan hidup dunia dan akhirat dan daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam.” sedangkan Rab’i tahu bahawa Rustum dan kaumnya tidak menyembah Seri  Maharaja Kisra dengan sifat baginda selaku Tuhan Pencipta alam buana dan tidak pula melakukan uparacara-upacara ibadat biasa kepada Baginda, tetapi apa yang dilakukan mereka hanya menerima undang-undang dan peraturan yang digubalkan oleh Baginda dan dengan konsep inilah mereka dianggap penyembah Baginda. Konsep ini adalah bertentangan dengan Islam dan menolak Islam . Oleh sebab itu Rab’i menerangkan kepada Rustum bahawa Allah telah mengutuskan mereka orang-orang Islam dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia daripada undang-undang dan peraturan yang memperhambakan manusia kepada sesama manusia dan memberi cara-cara Uluhiyah kepada sesama manusia, iaitu memberi kuasa Hakimiyah dan kuasa perundangan , kemudian mereka tunduk dan patuh kepada kuasa agama itu . Ia menyeru mereka dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia daripada menyembah undang-undang dan peraturan ciptaan manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa dan kepada keadilan undang-undang Islam .

Zaman kembali beredar seperti keadaannya pada hari ketibaan agama ini membawa konsep ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kepada umat manusia. Kini umat manusia telah kembali semula menyembah sesama manusia. Mereka kembali semula untuk tunduk kepada kezaliman agama dan berpaling daripada AQIDAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ walaupun sebahagian mereka masih mengulang-ulangkan seruan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di atas menara-menara azan tanpa memahami tujuannya dan tanpa mengingatkan tujuannya ketika mereka mengkumandangkannya. Mereka mengulang-ulangkan seruan itu tanpa menolak kuasa Hakimiyah yang didakwa oleh sesetengah-sesetengah orang, sedangkan kuasa ini sama dengan kuasa Uluhiyah , sama ada mereka mendakwa mempunyai kuasa Hakimiyah ini atas nama individu-individu atau atas nama badan-badan perundangan atau atas nama rakyat, kerana individu-individu, badan-badan perundangan dan rakyat bukannya Tuhan-tuhan dan kerana itu mereka tidak mempunyai kuasa Hakimiyah. Tetapi malangnya umat manusia telah kembali semula kepada Jahiliyah. Mereka telah menolak konsep ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan oleh kerana itu mereka telah memberi ciri-ciri Uluhiyah kepada tokoh-tokoh manusia. Mereka tidak lagi mentauhidkan Allah dan membulatkan wala’ kepada Allah yang Maha Esa sahaja .

Seluruh manusia termasuk mereka yang mengkumandangkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di atas menara-menara azan di Timur dan di Barat tanpa tujuan dan realitinya akan menanggung dosa dan azab yang amat berat pada hari kiamat, kerana mereka kembali semula menyembah sesama manusia setelah mendapat penjelasan yang terang tentang hidayat Allah dan setelah mereka berada di dalam agama Allah . Oleh itu kaum Muslimin pada hari ini amat perlu berdiri lama –lama di hadapan pengajaran ayat-ayat  yang terang ini .
Mereka amat perlu berdiri di hadapan ayat Wala’ ini :     

Firman Allah : al-Anaam 14
Apakah wajar bagiku mengambil Pelindung yang lain daripada Allah yang menciptakan langit dan bumi , sedangkan Dialah Tuhan yang memberi makan dan tidak berkehendak diberi makan. Katakanlah : “Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama sekali menyerahkan diri kepada Allah dan janganlah sekali-kali engkau termasuk ke dalam golongan musyrikin .

agar mereka sedar bahawa perbuatan mengambil yang lain daripada Allah sebagai Pelindung atau sebagai wali dengan erti katanya yang seluas-luasnya, iaitu perbuatan tunduk, patuh dan memohon pertolongan kepada yang lain daripada Allah adalah bertentangan dengan Islam, kerana perbuatan itu merupakan perbuatan syirik, sedangkan tujuan kedatangan Islam ialah untuk mengeluarkan manusia daripada lembah syirik, juga agar mereka sedar bahawa tanda pertama memberi wala’ kepada yang lain daripada Allah ialah menerima kuasa Hakimiyah daripada yang lain daripada Allah , sama ada di dalam hati atau di dalam kehidupan. Inilah perbuatan yang diamalkan oleh seluruh umat manusia tanpa kecuali. Seterusnya agar mereka sedar bahawa mereka pada hari ini seharusnya menegak kembali matlamat perjuangan untuk mengeluarkan manusia daripada amalan menyembah sesama manusia kepada amalan menyembah Allah yang Maha Esa sahaja dan agar mereka sedar bahawa mereka menghadapi Jahiliyah yang sama dengan Jahiliyah yang telah dihadapi oleh Rasulullah saw dan kelompok Muslimin ketika beliau menerima ayat-ayat ini .

Alangkah perlunya mereka mengenangkan hakikat-hakikat dan perasaan-perasaan yang dicurahkan oleh ayat-ayat yang berikut ke dalam hati yang beriman ketika mereka menghadapi Jahiliyah itu.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa umat Islam kita kini sedang merosot kembali kepada zaman Jahiliyah, kita bukanlah lagi wajar untuk disifatkan sebagai orang-orang Islam yang sebenar mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seluruh umat Islam kita yang berjumlah 1.5 billion orang di dunia kita kini telah terkeluar daripada beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah kerana kita telah mengeluarkan peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan kita yang bererti kita telah mengeluarkan konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan justeru kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ daripada sistem kehidupan kita. Sebaliknya kita telah memasukkan peraturan dan undang-undang manusia dan justeru Uluhiyah dan Rububiyah Manusia ke dalam sistem kehidupan kita yang memasukkan kita ke dalam agama manusia yang syirik dan kufur. Saiyyid Qutb juga menghuraikan bahawa seluruh umat Islam kita kini baik di Malaysia mahupun di dunia ini, adalah orang-orang yang menyembah manusia dan tidak lagi menyembah Allah sahaja yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah kerana kita telah dan sedang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah.

Kita mengucap dua kalimah syahadah dan kita kuat mempercayainya, tetapi kita telah membatalkan ucapan dan pegangan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini kerana kita tidak menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah, sebaliknya kita telah dan sedang menjalankan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang syirik dan kufur. Tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah itu adalah sesuatu yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt, dan di satu pihak yang lain lagi, perbuatan dan amalan kita yang MEMBUAT, MENJALAN dan MENGUAT KUASAKAN segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia ini mempunyai pengertian bahawa kita telah dan sedang MELANTIK MANUSIA sebagai Tuhan-tuhan kita yang selain daripada Allah, dan apabila kita MENTAATI dan MEMATUHINYA (peraturan dan undang-undang demokrasi) ianya bererti bahawa kita telah dan sedang MENYEMBAH orang-orang yang membuat peraturan dan undang-undang itu sebagai Tuhan-Tuhan kita yang layak disembah.

Kita sebenarnya kini sedang BERIMAN dengan agama demokrasi kita ini kerana kita sedang MENYETUJUI dan MEREDHAINYA, dan kita sedang MENGAMALKANNYA (agama demokrasi ) dalam kehidupan kita hari-hari kerana kita sedang MENGUAT KUASA dan MENJALANKAN segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia, serta kita sedang MENGANUTI agama demokrasi kita ini kerana kita sedang MENYEMBAH Tuhan-tuhan demokrasi yang wujud di dalam sistem politik demokrasi kita ini dengan cara kita MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi.

Orang-orang yang MENYETUJUI dan MEREDHAI segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah adalah orang-orang yang BERIMAN dengan agama demokrasi; dan orang-orang yang MENGUAT KUASA dan MENJALANKAN segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah ini adalah orang-orang yang MENGAMALKAN agama demokrasi; dan orang-orang yang MENYEMBAH Tuhan-tuhan demokrasi dengan cara mereka MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini, mereka itu adalah orang-orang yang MENGANUTI agama demokrasi yang syirik dan kufur ini. Orang-orang yang MENYETUJUI dan MEREDHAI segala peraturan dan undang-undang demokrasi, mereka MENGUAT KUASA dan MENJALANKANNYA (segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini) di dalam negara kita ini serta mereka MENTAATI dan MEMATUHINYA (segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini), mereka ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang MENGIMANI, MENGANUTI dan MENGAMALKAN agama demokrasi yang syirik dan kufur ini yang bererti mereka ini kesemuanya sedang berada di dalam agama demokrasi yang syirik dan kufur ini dan mereka tidak berada di dalam agama Allah. Saiyyid Qutb menyifatkan seluruh umat Islam kita kini sebagai orang-orang yang telah merosot dan menggelunsur kembali kepada kesyirikan dan kekufuran – inilah gejala yang telah dan sedang berlaku dengan amat lumrah dan berleluasa sekali di kalangan seluruh massa umat Islam kita baik di Malaysia kita ini mahupun di kalangan seluruh umat Islam di dunia kita ini sedangkan kita sedikitpun tidak menyedarinya.

Namun, kita tetap mengaku diri kita sebagai orang-orang Islam kerana kita mengucap dua kalimah syahadah, kita tekun menunaikan solat, puasa, haji dan seluruh syiar ibadat yang lain kepada Allah, kita adalah daripada keturunan Islam yang ibu bapa kita adalah orang-orang Islam, namun kita telah menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana kita telah mengeluarkan segala peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan kita dan kerana kita telah mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang bererti kita telah menyembah manusia dan tidak lagi menyembah Allah, dan jadilah kita ini sebagai pengaku-pengaku Muslim yang keimanan kita kepada Allah sudah tidak diterima oleh Allah swt.

Kerosakan AQIDAH umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di seluruh bumi umat Islam kita yang lain di dunia ini pada masa kini adalah kerana kita tidak boleh menerima hakikat bahawa peraturan dan undang-undang itu adalah AGAMA, kita tidak boleh menerima bahawa peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa itu adalah agama Allah dan kita tidak boleh menerima hakikat bahawa peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa ini adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur. Kita meringan-ringan dan mengecil-ngecilkan segala peraturan dan undang-undang Allah, kita mengkesamping dan mengeluarkannya daripada sistem kehidupan kita dan kita sewenang-wenang sahaja menjalan dan mengamalkan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia atau mana-mana sahaja peraturan dan undang-undang manusia yang lain, kesemuanya ini mempunyai implikasi yang satu dan sama, iaitu kesemuanya ini mengeluarkan kita daripada agama Allah dan yang justeru memasukkan kita ke dalam agama manusia yang syirik dan kufur. Kita sebenarnya tidak pernah berada di dalam agama Allah sejak hari kelahiran kita ke dunia ini lagi dan sebenarnya kita sentiasa sahaja berada di dalam agama Jahiliyah di sepanjang hayat kita sehinggalah ke hari ini. Ini adalah kerana kita tidak pernah berada di bawah peraturan dan undang-undang Allah, sebaliknya kita berada di bawah peraturan dan undang-undang manusia yang syirik dan kufur di sepanjang hayat kita serta kita menyetujui dan meredhainya yang bererti kita sentiasa berada di dalam agama Jahiliyah. Kita ini adalah orang-orang Islam yang menjadi para PENGAKU MUSLIMIN yang sudah terkeluar daripada agama Allah.   

Apabila manusia meninggalkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan mereka mengembara jauh dalam kesesatan, Allah mengutuskan para Rasul-Nya silih berganti untuk mengembalikan mereka itu kepada agama Allah, dan para Rasul Allah itu menyeru mereka :

Firman Allah : Al-A’raf 65
“Wahai bangsaku! Sembahlah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia.”

Selepas itu seluruh umat manusia yang sesat dan kafir itu kembali kepada agama Allah.

Tugas para pendakwah ke jalan yang benar pada zaman kita kini adalah untuk menyeru 1.5 billion umat Islam kita yang telah mengembara jauh dalam kesesatan ini agar mereka itu kembali semula kepada kebenaran, dan setelah mereka itu kembali, agar mereka itu akan bersedia untuk berjuang dengan melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan seluruh kekuasaan manusia yang zalim dan menindas di bumi kita ini dan untuk menegakkan kekuasaan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di bumi kita ini. Perjuangan kita kini adalah perjuangan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu perjuangan untuk menegakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dalam sistem kehidupan umat Islam kita dan untuk menghapuskan sistem kehidupan umat Islam kita dan seluruh umat manusia sekelian yang tidak wujud di dalamnya kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Inilah tugas dan perjuangan kita yang Maha Suci di bumi kita ini. 

Agama adalah peraturan dan undang-undang, agama Allah adalah peraturan dan undang-undang daripada Allah. Pelaksanaan dan penguat kuasaan segala peraturan dan undang-undang Allah serta ketaatan dan kepatuhan seluruh umat manusia kepadanya mewujudkan sistem kehidupan daripada Allah. Perjuangan kita dalam menegakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah perjuangan untuk mewujud sistem kehidupan daripada Allah yang wujud dan berkuat kuasa di dalamnya segala peraturan dan undang-undang Allah. Kewujudan peraturan dan undang-undang Allah adalah kewujudan agama Allah, dan apabila manusia mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Allah ini, itulah ertinya kewujudan masyarakat Islam yang wujud di dalam sistem kehidupan daripada Allah. Peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah yang menjadi teras kepada kewujudan dan perjalanan sistem kehidupan daripada Allah. Inilah sistem kehidupan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan inilah ertinya  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Sebaliknya peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia adalah agama demokrasi, dan pelaksanaan serta penguat kuasaan segala peraturan dan undang-undang demokrasi serta ketaatan dan kepatuhan seluruh umat manusia kepadanya mewujudkan sistem kehidupan demokrasi, iaitu sistem kehidupan Jahiliyah daripada manusia. Di dalam negara Malaysia kita ini tidak wujud masyarakat Islam dan sistem kehidupan daripada Allah, tetapi yang wujud dan beroperasi di dalam masyarakat umat Islam kita di sini adalah masyarakat Jahiliyah dan sistem kehidupan Jahiliyah kerana yang berkuat kuasa dan beroperasi di dalamnya adalah peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah.   

Firman Allah: an-Nisa 60
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang yang kafir….zalim……fasik.

Firman Allah : al-Maidah 50
Apakah mereka mahukan hukum jahiliyah? Siapakah yang lebih baik daripada Allah dari segi mengatur peraturan bagi orang-orang yang yakin?

Firman Allah: al-Maidah 48
Bagi tiap umat kami telah mengadakan satu syariat dan jalan.

Firma Allah : al-Jaathiyah 18
Kemudian Kami telah jadikan engkau di atas satu syariat daripada perintah Allah . Oleh itu ikutilah syariat itu dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui .


Firman Allah: al-A’raf 54
Kepunyaan Allahlah segala kejadian dan kepunyaan Allah segala pemerintahan. Maha Tinggi Allah Pentadbir sekian alam.

Firman  Allah  :asy-Syura 21
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan Allah?

Ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini memaparkan kepada kita bahawa PERATURAN dan UNDANG-UNDANG itu adalah AGAMA. Sesebuah kerajaan yang tidak menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah adalah kerajaan yang kafir, zalim dan fasik, manakala sesebuah kerajaan yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah ianya adalah kerajaan Islam.

Kerajaan Islam itu adalah Islam kerana segala peraturan dan undang-undangnya itu adalah Islam yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, manakala kerajaan yang kafir itu adalah kafir kerana segala peraturan dan undang-undangnya itu adalah kafir yang datang daripada manusia dan tidak daripada Allah. Beriman dan berpegang teguh kepada syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah bererti mengimani, menganuti dan mengamalkan segala peraturan dan undang-undang Allah dengan sekali gus menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap segala peraturan dan undang-undang manusia.

Kriteria yang menentukan status Islam atau kafirnya sesebuah kerajaan itu adalah PERATURAN dan UNDANG-UNDANG. Kerajaan Malaysia kita ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur kerana peraturan dan undang-undangnya yang wujud dan berkuat kuasa ke atas kita sekarang ini adalah peraturan dan undang-undang manusia yang syirik dan kufur. Buat ketika ini tidak wujud satu kerajaan pun di dunia kita ini yang sedang menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang bererti bahawa tidak wujud satu kerajaan pun yang Islam di dunia kita ini. Seluruh kerajaan umat Islam kita di dunia kita kini, termasuklah kerajaan-kerajaan Arab Saudi dan Malaysia, adalah kerajaan manusia yang syirik dan kufur.

Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47, 50
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu ialah orang-orang kafir ... zalim... fasik. Apakah hukuman Jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin!

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Allah swt telah menegaskan bahawa masalah pelaksanaan syariat Allah adalah masalah keimanan atau kekufuran, Islam atau Jahiliyah, undang-undang atau hawa nafsu. Tidak ada jalan tengah, tidak ada gencatan senjata dan tidak ada perdamaian dalam masalah ini. Oleh itu orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang menghukum dengan peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah tanpa memotong sehuruf pun daripadanya dan tanpa menukarkannya sedikitpun. Sementara orang-orang yang kafir, zalim dan fasik adalah orang-orang yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang

(bersambung)




No comments:

Post a Comment